Saturday, October 24, 2009

pesanan

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Article:
http://antikapelsedunia.blogspot.com/2009/06/tolong-s
ampaikan-pada-si-dia.html

Tuesday, September 29, 2009

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR

peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah dan
ibu...hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat... ..
sebelum mereka pergi meninggalkan kita... atau kita pergi
meninggalkan mereka... wallahua'lam. ...

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .


Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus
menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... . ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih
terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....
sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga
roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah
2005.
Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak
berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office
jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad
pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.

Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
Pertama kali.... tak tidur 2 hari,
Pertama kali... asyik menangis,

Pertama kali.... menimbus kubur,
Pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....
pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.


Ya Allah..tuhan segala alam..
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......

setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria
hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya.
Sekali tu
jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah
catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.
dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..
Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga

dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan

anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup slalu cakap
pasal anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku slalu fikir...

aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota
kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat
kubur"
abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...
bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur
sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi

abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang

baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."
"abah kamu wajahnya tersenyum saja walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang
selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut
menangis....


"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah..

Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .

credit to:

http://antikapelsedunia.blogspot.com/2009/06/cium-pipi-ayah-sebelum-ciuman-terakhir.html

p/s : sedih giler aku time baca citer nie.. 

Sunday, August 30, 2009

aku dan solat

Aku tidak sepatutnya bersikap begini. Sepatutnya, aku betul-betul mengambil berat dengan solat. Aku mestilah sedar bahawa aku adalah seorang Islam dan solat pula adalah rukun dan tanda keislamanku. Tanpa solat, di manakah tanda keislammanku? Lainlah kalau aku hanya mahu menjadi seorang Islam tanpa tanda dan lambang keislaman.

 

Sejak kecil lagi, aku diajar dengan kepentingan solat. Awalnya, aku belajar mengerjakan solat melalui pengamatanku terhadap solat ibu, ayah, abang-abang dan kakak kesayanganku. Aku lihat mereka qiam, aku qiam, mereka rukuk aku rukuk, mereka sujud aku sujud, dan begitulah seterusnya. Di sekolah pula para ustaz mengajarku teori-teori solat. Alhamdulillah kerana mereka adalah para muslim yang bersolat dan aku boleh meneladani mereka.

 

 Kini, setelahku dewasa, aku sepatutnya lebih mengambil berat dengan solat. Kalau dulu, ibu, ayah, kakak dan abang-abang sentiasa mengingatkan daku dengan solat. Belum lagi azan berkumandang, mereka telah mengingatkan daku dengan solat. Tapi kini setelahku dewasa, aku mesti pandai menjaga diriku. Tambahan lagi aku berada berjauhan dengan mereka.

Kini setelahku dewasa, aku lebih memahami dengan apakah itu “solat”? Aku tahu, kalau aku meninggalkan solat, aku berada dalam keadaan yang sangat meruncingkan. Aku sedar bahawa aku sudah lagi tidak dianggap sebagai muslim pada pandangan sebahagian sahabat Nabi s.a.w. dan para ulamak mujtahid. Keislamanku sudah dipertikaikan. Adakah aku mahu meninggalkan solat?

 

 

Aku juga pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Samada kafir nikmat atau kafir yang sebenar, namun kalimah yang digunakan ialah kalimah kufur. Aku berfikir sendirian, bahawa seorang yang sangat penyantun dan merupakan contoh dan rahmat bagi sekalian alam sudah tentu tidak akan mengeluarkan kata-kata mengkufurkan orang yang meninggalkan solat, kalaulah solat itu satu perkara yang kecil.

 

Kerana ini, aku bukan sahaja mesti berazam, bahkan mesti berusaha untuk menjaga solat. Aku tahu, ganjaran bagi orang yang bersolat adalah syurga, manakala balasan bagi yang tidak termasuk dalam golongan orang yang bersolat adalah “Saqar”. Adakah jika aku tidak menjaga solatku, Allah tidak akan mencampakkan aku ke dalamnya? Atau neraka “Saqar” itu hanyalah untuk manusia-manusia lain selain aku? Ah…Aku dan mereka sama sahaja di sisi Allah SWT. Kerana itu mulai dari saat ini, aku mesti menjaga solatku. Aku tidak akan melewat-lewatkannya sehingga terkeluar daripada waktunya.

Kalaulah sebelum ini aku selalu solat lewat pada waktunya, terutamanya solat subuh, maka aku mesti berubah. Aku sedar betapa kecewanya ibu ayah yang sentiasa mendidikku jika mereka mengetahui aku banyak terlalai sehingga sanggup melengah-lengahkan solat. Aku mesti insaf. Aku mesti menjaga solatku. Aku mesti tidur lebih awal untuk bangun solat subuh, jika dengan lewat tidurku itu membawa kepada lewatnya solat subuhku. Aku tidak mahu termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah SWT: “Maka celakalah bagi orang yang bersolat, pada hal mereka lalai daripada solat mereka”. Aku takut neraka. Aku tidak mampu menanggung azabnya. Ya Allah selamatkan aku daripada azab neraka. Amin Ya Rabbal Alamin.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Ah, dan azan asar pun. Aku mesti segera bersolat. Tapi, adakah aku bersolat di rumah atau di masjid? Mana satu yang lebih baik untukku? Alah, kat rumah sajalah. Kalau bersolat kat rumah sekalipun, solatku dah sah. Tapi, apa pula hukum solat berjemaah? Sepanjang yang aku tahu ia adalah perkara khilaf. Ada ulamak yang mengatakan fardhu ain, ada yang kata fardhu kifayah dan ada yang mengatakan sunat muakkadah sahaja. Tapi, ketiga-tiga pendapat tadi pada dasarnya sama sahaja. Mereka semuanya menggalakkan solat berjemaah. Bezanya, ada yang mengatakan wajib, dan ada yang mengatakan sunat. Semuanya adalah suruhan. Dan tiada seorang ulamakpun yang mengharamkannya atau menganggapnya makruh.

 

Kerana itu, kenapa aku mesti bersolat di rumah? Ia bukanlah suruhan Allah dan Rasul. Ia juga bukan perkara yang disyorkan oleh ulamak. Lainlah kalau aku ni seorang wanita. Maka mereka lebih baik bersolat kat rumah. Kalaulah aku sebagai muslim tidak menghidupkan masjid, maka siapa lagi? Takkan aku nak mengharapkan kaum kafir musyrikin untuk mengimarahkannya?

 

Aku juga pernah mendengar seorang penceramah yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak hanya menyuruh kita bersolat, tetapi menyuruh kita mendirikan solat. Katanya: “Jauh bezanya antara bersolat dan mendirikan solat”. Rasulullah s.a.w. pula ada bersabda bahawa membetulkan saf itu termasuk dalam mendirikan solat. Bagaimana mungkin aku memperbetulkan saf kalau aku solat berseorangan di rumah? Kalau begitu aku hanya bersolat dan bukannya mendirikan solat. Kalau begini, aku mesti ke masjid. Aku akan mendapat 27 kali ganda pahala daripada orang yang bersolat di rumah. Kalau aku bersolat jemaah di masjid, bererti aku telah menghidupkan sunnah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidaklah bersolat fardhu di rumah, kecuali ketika uzur.

 

Bila aku membaca kitab hadis, aku masih teringat kata-kata salah seorang murid Rasulullah s.a.w., iaitu Ibn Mas’ud r.a.: “Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada kamu sunnah yang perlu diikuti. Sebahagian daripada sunnah tersebut ialah solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. Dan jika kamu bersolat di rumah-rumah kamu, nescaya kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah Nabimu, maka kamu akan sesat”.

 

Aku fikir, mungkin kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar berjemaah di masjid. Kerana inilah juga Rasulullah s.a.w. tidak memberikan ruhksah kepada seorang yang buta yang meminta kebenaran baginda untuk bersolat di rumah. Alasannya ialah, kerana dia masih lagi mendengar azan. Aku mesti bersegera untuk ke masjid. Aku sudah insaf. Aku mahu mendirikan solat sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w., supaya solatku ini diterima Allah SWT. Aku mahu solatku ini mampu mencegahku daripada perkara-perkara yang keji dan munkar. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk di kalangan orang yang mendirikan solat dan juga kepada zuriatku. Ya Allah, terimalah permohonan doaku ini. Amin.


Disediakan Oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail, tasekpauh.blogspot.com, tasekpauh@yahoo.com

Saturday, August 29, 2009

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat

PadaMu Tuhan ku mohon segala

amin

wanita

-wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


credit to edoradeon

Friday, August 21, 2009

ALWays keep the fAITH

hurmm..

now i'm lil bit free..

so, thanks to my frenz,
although i arrived a bit late..
i think i can't use the 'bit' because i'm very late due to somethin'..
neway, thanx coz u all wait for me..

everyone have changed..
but i hope in the future, it will be more better..
hope towards it..
insyaallah..

the pressure for exam is coming..
the sample still not finish..
chapter n bla bla bla..
lots of time hv been wasted..
make me freak out..
after this i think gonna write my presentation report..
,my pb assgmt...



the happy thing is i got rm5 discount for jemari seni book.
novel..
not academic book..
not good in money management,..
haha.. when is the time that i will be able to get discount like that , right??
nevertheless, bought 4 books
latest:pelangi coz have Hlovate in there
RADHA by rynsa( i thought it was included wih radha2 enovel, but it doesn't, n i have alrdy read it somewhere till the end, but, its ok .. i can keep it..), teluki biru n the other one, i forgot the book name.. tu gatal tgn nak amek..haha

now, juz waitin' for Versus..
n ked's story is awesome, syud nyer pun ok gak..both is in pelangi..

n not to forget..
happy fasting..

love you..

Thursday, August 6, 2009

ekonomi

i thought it's already finish, yup da asgnmt

but my deftn for economy is different from my lecturer view.

n the real economy is islam economy..

but the actual title was out this week, 

where it's supposed to out last two weeks...

so, it's make my life miserable..

coz i already found the input for the former title..

it's so dissapponting..

but 

never mind..

already sent it just now..

thank god, i have lili's note..

so use some of its contents.

now

looking forward to see sea level

still preparing rite now..

but i'm afraid that i can't finish the slide..

but i have to try 

also,

i have to please my supervisor

he got high expectation to all of us that is make the presentation more interesting than ever..

huhu..

k..then..

take c are

p/s: in certain thing, i'm VERY happy..